Categories
NASIONAL

Guan Eng: Ismail Sabri biadap tak benar Kak Wan jejak kaki lobi MOA

Oleh: NAZLI IBRAHIM

BUKIT MERTAJAM, 3 MEI: Kenyataan angkuh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak membenarkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjejakkan kaki ke pejabatnya sekiranya menang di Permatang Pauh adalah biadap dan kurang ajar.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata kenyataan itu menghina kebebasan rakyat, wanita dan wakil rakyat sekaligus

_MG_1395 (1)“Ismail Sabri menyatakan sekiranya Kak Wan dipilih menjadi Ahli Parlimen, jangan cari dia.

“Semua projek pertanian tidak akan diluluskan dan nak masuk lobi pun tak boleh.

“Ini satu kenyataan yang sangat biadap dan kurang ajar sama sekali,” kata Guan Eng pada sidang media di Wat Siam Kampung Tanah Liat di sini, hari ini.

Kata beliau, Ismail Sabri patut menarik semula kenyataan beliau itu dan meminta maaf.

Guan Eng turut menyifatkan tindakan Ismail Sabri itu sebagai liar dan melampau.

“Takkanlah seorang wakil rakyat dilayan sebegitu,” kata beliau lagi.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.