Categories
KENYATAAN MEDIA

KEADILAN ucap takziah kepada Pesuruhjaya Tinggi M’sia ke Pakistan

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) amat terkejut dengan insiden kemalangan helikopter di Pakistan semalam, dan merakamkan ucapan takziah terhadap Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan, Datuk Dr Hasrul Sani Mujtabar di atas pemergian isteri beliau akibat kemalangan tersebut.

Bagi pihak pemimpin dan anggota KEADILAN, saya mendoakan agar ruh Allahyarhamah Datin Habibah Mahmud dicucuri rahmat Ilahi dan ditempatkan di kalangan solehah.

KEADILAN turut merakam rasa dukacita apabila lima orang lain termasuk isteri diplomat asing turut terkorban apabila helikopter yang dinaiki mereka terhempas di kawasan Lembah Naltar.

KEADILAN mendoakan agar Datuk Dr Hasrul kembali sembuh dan pulih dari kecederaan yang dialami ketika kejadian malang berlaku.

KEADILAN bersama-sama seluruh rakyat Malaysia mendoakan agar Datuk Dr Hasrul tabah dengan dugaan ini dan berharap beliau diberikan kekuatan oleh Allah SWT.

Marilah sama-sama kita sedekahkan al-fatihah buat Allahyarhamah Datin Habibah.

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden KEADILAN
9 Mei 2015

Leave a Reply

Your email address will not be published.