Categories
SELANGOR

Menanti CF 12 tahun akhirnya impian tercapai

Oleh: SYASYA SUFIAN

SERI KEMBANGAN, 9 MEI: Penantian 12 tahun penduduk Perumahan Pangsapuri Sri Indah (Fasa 1), Lestari Perdana kini berakhir apabila pemiliknya menerima Sijil Layak Menduduki hari ini.

Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh berkata, projek melibatkan 1,440 unit perumahan itu siap pada 2003 namun sijil tidak dapat dikeluarkan ekoran akibat kegagalan pemaju terdahulu menyempurnakan infrastruktur ditetapkan jabatan teknikal.

“Saya berbangga dengan usaha pihak Majlis bersama Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) berjaya selesaikan isu ini setelah sekian lama,” katanya sewaktu Majlis Penyerahan Sijil Layak Menduduki Projek Perumahan Pangsapuri Sri Indah.

Seorang penerima sijil, Pek Yok Lin, 55, berkata hampir 10 tahun penantian beliau kini berakhir apabila hak pemilikan rumah kini terbela.

“Saya sangat berterima kasih kepada kerajaan negeri dan Menteri Besar yang sangat prihatin dengan kesusahan dan keperluan rakyat,” katanya kepada Selangor Kini.

Suri Rumah, Guljit Kaur, 50 berkata, beliau menunggu 12 tahun untuk mendapatkan sijil kelayakan itu

“Sebelum ini kami diberi sijil sementara, walau bagaimana pun jika mengalami sebarang masalah kami terpaksa tanggung sendiri kerana sijil yang sah belum dimiliki.

“Diharap selepas ini Majlis perlu menyelenggara di kawasan perumahan itu kerana terdapat beberapa masalah seperti pembakaran sampah yang mengganggu penduduk,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.