Categories
SELANGOR

Kerajaan Negeri & guru realisasi dasar pendidikan

Oleh: HAFIZAN TAIB

BANDAR BARU BANGI, 19 MEI: Kerjasama Kerajaan Negeri dan guru penting bagi memastikan perkembangan dan kualiti pendidikan dapat ditingkatkan pada tahap membanggakan.

Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains & Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, kerjasama itu juga penting bagi merealisasikan segala perancangan Kerajaan Negeri demi faedah rakyat.

_MG_0308“Saya berharap warga pendidik dapat terus istiqamah dalam menjalankan tugas di sebalik pelbagai cabaran untuk mendidik anak muda pada masa kini.

“Kerjasama antara Kerajaan Negeri dan guru prtlu supaya anak kita mendapat manfaat daripada dasar dijalankan tanpa mengambil kira negeri atau pihak lain,” katanya kepada Selangor Kini selepas Majlis Agihan Bantuan Sekolah 2015 peringkat Hulu Langat, di sini, hari ini.

Kerajaan Negeri menyalurkan bantuan RM1.35 juta kepada 71 Sekolah Agama Rakyat (SAR), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di daerah berkenaan.

Terdahulu, Nik Nazmi berkata, konsep agihan bantuan dilaksanakan supaya ia sampai kepada kumpulan sasaran dan rakyat dapat menikmatinya.

_MG_0198Katanya, Kerajaan Negeri memandang serius sektor pendidikan terutama di peringkat sekolah seperti pepatah Melayu ‘melentur buluh biar dari rebungnya’.

“Generasi yang ada hari ini adalah generasi Y yang terdedah kepada kepesatan sains dan teknologi sangat meluas tanpa sempadan.

“Bila bercakap berkenaan pendidikan, kita bercakap soal membentuk karektor dan watak serta mengangkat martabat juga maruah sesebuah bangsa atau tamadun,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.