Categories
SELANGOR

TEKUN patut contohi Program HIJRAH bantu semua

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 18 MEI: Tabung Ekonomi Usahawan Niaga (TEKUN) patut menjadikan program Hijrah Kerajaan Selangor sebagai contoh bagi membantu usahawan tanpa mengira bangsa dan fahaman politik.

Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak) berkata, kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN, Datuk Abdul Rahim Hassan sebelum ini TEKUN ditubuhkan untuk membantu ahli Umno membuktikan Kerajaan Persekutuan menggunakan wang rakyat untuk kepentingan politik mereka.

Kata Mohamed Azmin dasar diguna pakai Kerajaan Selangor membantu semua tanpa mengira fahaman politik membuktikan komitmen Pakatan Rakyat (PR) meningkatkan taraf hidup usahawan di negeri itu.

Program Hijrah“Saya tak berpuas hati jawapan diberikan kementerian kerana tidak menunjukkan kesungguhan Kerajaan Persekutuan untuk menggunakan dana secara efisien dan adil kepada mereka memerlukan.

“Dari statistik dan kenyataan diberikan CEO TEKUN menunjukkan dana ini digunakan khusus untuk sogokan politik meraih sokongan kepada Barisan Nasional, ” kata Mohamed Azmin yang juga Dato’ Menteri Besar Selangor kepada media di lobi Dewan Parlimen di sini, hari ini.

Sebelum itu, Mohamed Azmin dalam sesi soalan lisan meminta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menjelaskan punca mengapa hanya RM1.6 juta sahaja digunakan daripada RM8 juta peruntukan TEKUN untuk Orang Asal sejak dilancarkan dua tahun lalu.

Timbalan Menteri, Datuk Sri Tajuddin Abd Rahman (BN-Pasir Salak) ketika menjawab, bukan sahaja gagal menjawab, malah berdolak-dalik dengan cuba memperkecilkan Program HIJRAH Kerajaan Selangor.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.