Categories
SELANGOR

NGO, swasta dipelawa bekerjasama anjur sukan wanita

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 28 MEI: Syarikat swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dialu-alukan berkerjasama menganjurkan pertandingan sukan melibatkan kaum wanita DUN Bukit Gasing.

Adun Bukit Gasing, Rajiv Rishyakaran berkata, ini berikutan sukan boleh dijadikan medium menyatukan masyarakat.

Sukan“Dialu-alukan syarikat swasta atau NGO mengadakan kerjasama dengan Pejabat Adun bagi menganjurkan sebarang pertandingan sukan sebab cara ini dapat merapatkan hubungan masyarakat di sini.

“Syarikat swasta patut jadikan ini sebagai tanggungjawab khidmat sosial mereka dan kepada pihak berminat, boleh datang berjumpa saya bila-bila masa berbincang,” kata Rajiv.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Adun Bukit Gasing di sini.

Tambah beliau, Pejabat Adun Bukit Gasing juga sedia membantu sekiranya pihak terbabit ingin menjadikan acara sukan yang mereka anjurkan itu sebagai acara tahunan.

Tambah Rajiv lagi, selain merapatkan hubungan sesama masyarakat, sukan di kalangan wanita juga boleh dijadikan aktiviti tetap pada waktu petang bagi tujuan beriadah.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.