Categories
NASIONAL

Rafizi: Najib ‘hina’ Parlimen, tolak 2 soalan penting

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 18 MEI: Tindakan Pejabat Setiausaha Dewan Rakyat menolak dua soalan Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli dianggap menghina institusi Parlimen.

Jawapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam dua isu itu dinanti rakyat yang mahu penjelasan Kerajaan Persekutuan berkenaan kestabilan ekonomi dan politik negara.

rafiziRafizi berkata, soalan terbabit berkenaan dakwaan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membabitkan tanah 70 ekar di Tun Razak Exchange yang dijual  RM320 juta iaitu RM64 kaki persegi tetapi nilai sebenar RM7,000 kaki persegi.

Najib juga diminta menjawab sama ada bersetuju dengan gesaan Mahathir supaya beliau meletakkan jawatan.

“Dua soalan itu ditolak kerana beliau tak mahu jawab. Ini menghina Dewan Rakyat dan tak sanggup berdepan Tun Mahathir.

“Alasan tak boleh menyoal untuk mandapat buah fikiran tidak masuk akal kerana saya bukan tanya berkenaan isterinya tetapi kepentingan awam.

najib-razak1-may7-540x320“Saya mengutuk Perdana Menteri kerana tidak berani jawab soalan itu,” kata Rafizi pada sidang media di Lobi Parlimen, di sini, hari ini.

Katanya, Najib harus mengambil peluang atas soalan itu untuk menjustifikasi tindakan Tabung Haji menjual tanah kepada pihak terbabit pada harga yang dinyatakan tadi.

Beliau berkata, Najib yang tidak berani menjawab sebarang tuduhan Dr Mahathir perlu sekurang-kurangnya mempunyai keberanian menjawab di Dewan Rakyat.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.