Categories
NASIONAL

Rancangan Malaysia atau Rancangan ‘BN’ ke-11?

Oleh: AFEEQA AFEERA

KUALA LUMPUR, 21 MEI: Rangka tindakan ekonomi dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) disifatkan berat sebelah kerana tertumpu di kubu kuat Barisan Nasional (BN) sahaja.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin berkata, RMK-11 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak harus memfokuskan kemajuan ekonomi seluruh Malaysia.

“Semua hospital baru, lebuh raya dan pembangunan di Seremban-Port Dickson-Nilai tertumpu di kubu kuat BN sahaja.

sim-tze-tzim“Kami amat kecewa kerana menjangka RMK-11 membawa kemajuan ekonomi kepada seluruh negara. Lebih baik jika RMK-11 ditukar kepada Rancangan BN ke-11,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Tze Tzin yang juga Pengarah Strategi PKR berkata, keupayaan Najib dan BN untuk menjadikan Wawasan 2020 sebagai kenyataan juga masih diragui.

Katanya, negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat (PR) seperti Pulau Pinang dan Selangor tidak menerima sebarang manfaat RMK-11 walaupun pernah dijanjikan lanjutan pembinaan lapangan terbang dan aliran transit ringan (LRT) pada RMK-9.

“Ia ini dijanjikan ketika pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi tetapi masih tidak menjadi kenyataan.

“Walaupun mahu Wawasan 2020 menjadi kenyataan, tetapi saya meragui keupayaan Najib untuk membawa kita ke tahap itu,” katanya.

undi-bn-endKatanya, Kerajaan Persekutuan hanya mencapai kejayaan sederhana walaupun negara memiliki kekayaan semula jadi ekoran amalan rasuah yang diamalkan pimpinan BN dalam 10 RMK yang lalu.

Tze Tzin merujuk kepada kegagalan pelaksanaan 1Malaysia Develompent Berhad (1MDB) yang menjadi skandal terbesar dalam sejarah pentadbiran di negara ini.

“1MDB dicadangkan dalam RMK-10, tetapi pelaksanaannya gagal dan meletakkan negara dalam risiko.

“Masalah Kerajaan BN adalah mereka mempunyai terlalu banyak rangka tindakan dan rancangan tetapi gagal melaksanakannya,” katanya.

Najibmembentangkan RMK-11 yang menjadi landasan hala tuju pembangunan lima tahun negara di Dewan Rakyat, hari ini.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.