Categories
SELANGOR

Shah Alam On Wheel di AEON BIG Seksyen 32 esok

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 22 MEI: Pejabat Bergerak ‘Shah Alam On Wheel’ akan berada Pasaraya Aeon Big, Seksyen 32, di sini, pada 23 Mei ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Korporat dan Pembangunan Komuniti Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad berkata, operasi pejabat bergerak itu bermula jam 11.00 pagi hingga 5.00 petang.

“Perkhidmatan yang disediakan adalah semakan dan mencetak bil serta penyata cukai taksiran, mengemaskini maklumat cukai taksiran, pembaharuan juga semakan lesen perniagaan.

MBSA“Orang ramai juga boleh membuat aduan, pembelian kupon letak kereta dan pembayaran cukai taksiran secara atas talian,” katanya dalam kenyataan media.

Shahrin berkata, Orang Kene Kompaun (OKK) juga disaran menyelesaikan kompaun dengan bayaran RM15 sahaja.

“Tawaran itu hanya sah di kaunter Pejabat Bergerak ‘Shah Alam On Wheel’, sabtu ini,” katanya.

Sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi talian 013-3380551.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.