Categories
SELANGOR

120 keluarga terima bantuan Ramadan MBSA

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 18 JUN: Seramai 120 buah keluarga menerima sumbangan Ramadan pelbagai bentuk berjumlah RM200 dan wang tunai RM50 dari Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Timbalan Pengarah Jabatan Korporat & Pembangunan Komuniti MBSA, Shahrin Ahmad, berkata sumbangan diwakili Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Shah Alam yang diserahkan kepada penerima kurang bernasib baik dan berpendapatan rendah.

IMG_4907“Program itu bertujuan membantu meringankan beban penduduk Sahah Alam dalam membuat persiapan menyambut bulan Ramadan.

“Ia juga sebagai landasan bagi MBSA menjayakan aktiviti kemasyarakatan untuk mengeratkan lagi ukhuwah bersama penduduk Shah Alam,” katanya dalam kenyataan.

Shahrin berkata, sumbangan diberikan berbentuk barangan kering, keperluan harian seperti beras, bawang, rempah ratus, kicap, minyak, gula dan garam.

“MBSA berharap, bantuan yang diberi dapat meringankan beban rakyat yang kurang berkemampuan kerana kami sedar kos sara hidup semakin meningkat di samping dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.