Categories
SELANGOR

30 pelajar Universiti Muhammadiyah Indonesia bentang kajian awal di UNISEL

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 11 JUN: Seramai 30 pelajar Universiti Muhammadiyah, Indonesia menyertai 2nd Postgraduate Research Symposium 2015 yang diadakan Universiti Selangor (UNISEL).

Dekan Pusat Pengajian Siswazah (CGS), Dr Aza Azlina Md Kassim, berkata 75 peserta membabitkan 39 pelajar membuat pembentangan kajian awal kepada penilai.

Unisel Grafik“Simposium ini bertujuan memberi peluang kepada pelajar untuk membentangkan kertas cadangan idea awal tesis supaya dapat menambahbaik. Pelajar dari Indonesia dari turut mengambil bahagian membentangkan kajian awal.

“Mereka juga berpeluang menerima kritikan serta cadangan daripada penilai,” katanya selepas perasmian simposium itu di Kampus Shah Alam, di sini.

Dr Aza Azlina berkata, simposium itu yang kedua diadakan sejak tahun lalu apabila pelajar pengambilan Ogos Ijazah Sarjana Muda dan Doktor Falsafah (PhD) (Penyelidikan) diwajibkan menyertainya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.