Categories
SELANGOR

Atlet Selangor gagal raih pingat Sukan SEA tetap diberi insentif

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 24 JUN: Semua atlet Selangor yang membawa cabaran negara dalam temasya Sukan Sea di Singapura, baru-baru ini akan diberi insentif oleh Kerajaan Negeri.

Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shaari, berkata insentif itu diberi bagi menghargai usaha mereka mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.

Amirudin1“Bagi atlet yang bermain di peringkat tertentu, memang kita ada insentif yang dah ditetapkan.

“Setiap penyertaan ada insentif. Kalau menang pingat emas, perak, gangsa termasuk pecah rekod, kita ada jadual tetap skim insentif,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini.

Kontinjen Malaysia dalam Sukan Sea 2015 di Singapura meraih 186 pingat keseluruhan dengan 62 emas, 58 perak dan 66 gangsa.

seaAtlet Selangor menyumbang 60 pingat keseluruhan termasuk acara sukan layar dengan tiga emas melalui Muhd Dhiauddin Rozaini, Muhammad Farhan Hamid dan Norashikin Mohd Sayed.

Atlet gimnastik Selangor, Farah Ann Abdul Hadi pula menyumbang dua emas, satu perak dan tiga gangsa dalam pelbagai disiplin.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.