Categories
SELANGOR

Atlet Selangor sumbang 27 emas Sukan SEA 2015

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 20 JUN: Atlet Selangor menyumbang 27 daripada 62 pingat emas Malaysia pada Sukan SEA 2015 lalu.

Timbalan Pengarah Pembangunan Sukan Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS), Mohamad Nizam Marjugi berkata, pencapaian itu merupakan pencapaian memberansangkan terutama bagi atlet muda.

Sukan SEA“Kita tidak meletakkan sebarang sasaran namun kita sememangnya mahu atlet kita menjaga standard mereka yang perlu dicapai seterusnya menyumbang seberapa banyak pingat.

“Dengan lebih kurang 70 atlet Selangor yang mewakili negara, saya kira sumbangan pingat kepada Sukan SEA lepas adalah membanggakan,” katanya kepada Selangor Kini.

Kontinjen Malaysia berjaya meraih keseluruhan 186 pingat dengan 62 emas, 58 perak dan 66 gangsa pada Sukan SEA 2015 di Singapura.

Selain pingat emas, atlet Selangor turut menyumbang 18 perak dan 15 gangsa menjadikan keseluruhan 60 pingat.

Antara sumbangan emas atlet Selangor termasuk acara sukan layar dengan tiga emas menerusi Muhd Dhiauddin Rozaini, Muhammad Farhan Hamid dan Norashikin Mohd Sayed.

Sementara itu, atlet gimnastik, Farah Ann Abdul Hadi menyumbang emas terbanyak menerusi pelbagai acara dengan dua emas, satu perak dan tiga gangsa.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.