Categories
SELANGOR

Jalan ‘Tuanku Abdul Rahman’ Shah Alam tawar 600 ruang niaga

OLEH: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 20 JUN : Peluang menikmati suasana membeli-belah ala Jalan Tuanku Abdul Rahman kini boleh dirasai di Festival Ramadan Selangor 2015 (Festira’15) bermula 5 Jun hingga 17 Julai ini

Pengurus Perhubungan Awam Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Ishak Hashim, berkata sebanyak 600 ruang niaga disediakan dalam festival itu untuk pilihan pengunjung.

beli belah“Orang ramai boleh berkunjung ke destinasi sehenti itu berdasarkan konsep beli-belah riadah dan ibadah selain berbuka puasa, berhibur, beramal dan bersantai,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya pengunjung juga bakal dihidangkan dengan persembahan menarik daripada artis tempatan dan program keagamaan serta kebudayaan pada hujung minggu.

“Pengunjung dihiburkan dengan persembahan artis popular seperti Heliza Helmi, Nowseeheart, Muhibbain, Jay Jay dan Najwa Latif selain permainan rakyat dan kuiz uji minda yang membolehkan mereka memenangi hadiah menarik,” katanya.

Festira’15 adalah anjuran PKNS Real Estate Sdn Bhd (PREC), anak syarikat milik penuh PKNS yang mendapat kerjasama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam (MAPIM), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Agsa Syarif dan badan bukan kerajaan (NGO) lain.

Ia membabitkan empat lokasi seperti SACC Mall, Kompleks PKNS Shah Alam, Kompleks PKNS Bangi dan Wisma Yakin.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.