Categories
SELANGOR

CSR Perangsang Selangor diiktiraf antarabangsa

SHAH ALAM, 30 JUN: Keberkesanan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (Perangsang Selangor) diiktiraf di peringkat antarabangsa apabila menerima Anugerah Pemerkasaan Sosial (Social Empowerment) Terbaik Asia.

Pengiktirafan terhadap syarikat tersenarai di Bursa Malaysia itu diterima pada Asia Responsible Entrepreneurship Awards 2015 yang dianjurkan sempena CSR International Summit 2015 di Macau pada 19 Jun lalu setelah terpilih pada penilaian pusingan akhir.

YB Dato' Kamarul Baharin Abbas (tengah), Pengerusi Jawatankuasa Lembaga CSR bersama Ahli Lembaga Pengarah dan Pengurusan Perangsang SelangorAsia Responsible Entrepreneurship Awards adalah anugerah mengiktiraf badan korporat yang memperjuangkan usaha CSR dalam menjaga kebajikan sosial masyarakat setempat.

Penganjur sidang kemuncak itu menerima penyertaan 300 syarikat korporat dari 32 negara Asia.

“Perangsang Selangor melaksanakan CSR menerusi Program Pembangunan Usahawan Selangor (PPUS) di bawah peruntukan dana sebanyak RM1.2 juta.

“Sehingga kini seramai 350 usahawan termasuk di Lembah Klang dan seluruh Selangor berjaya memulakan perniagaan di bawah program rangsangan berkenaan,” kata Perangsang Selangor dalam kenyataan media.

Anugerah itu merupakan kali kedua diterima Perangsang Selangor apabila pada 2013 memenangi kategori sama di peringkat Asia Tenggara.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.