Categories
SELANGOR

Dakwah perlu turun ke jalanan

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 7 JUN: Pendekatan dakwah melalui jalanan disambut baik pemuzik terkenal, Daqmi.

Menurutnya, dakwah tidak boleh bersifat ekslusif dan perlu disampaikan meskipun dalam kelompok kecil.

“Dakwah memang kena dekat street (jalanan). Langkah ini memang patut diteruskan.

LZS“Tidak semestinya kena ramai orang. Dalam kelompok kecil dakwah yang dilakukan secara berterusan akhirnya akan menjadi banyak.

“Dakwah street kita kena pergi dan istiqamah,” katanya pada Zakat Street Di Ambang Ramadhan 1436H anjuran Lembaga Zakat Negeri Selangor (LZS).

Daqmi atau nama sebenarnya Azmee Abdul Manap, 44 berkata beliau yang kini bergerak secara solo meneruskan karya dakwah jalanan menerusi penulisan lagu dan nyanyian selain berbekalkan pengalaman bersama beberapa kumpulan nasyid sekitar 1997.

“Saya mula bermain muzik pada 1989. Muzik saya mula positif pada 2001 secara peribadi.

“Dakwah secara berkumpulan pula sejak 1997 kerana pada masa itu bemulanya kumpulan nasyid dan saya berada di situ (era nasyid) sebagai produser dan jurutera muzik.

“Saya berkarya sehingga luar negara dan melihat sendiri pendekatan dakwah disana.

“Bila pulang ke Malaysia kita terapkan dan kembangkan,” tambahnya yang popular dengan lagu ‘Yang Terindah’.

Menyentuh soal kesedaran membayar zakat jelasnya, kedua-dua pihak perlu mengetahui peranan masing-masing bagi menjayakannya.

Jelasnya, LZS perlu memberikan kefahaman kepada masyarakat mengenai prosuder kerja mereka manakala orang awam memainkan peranan membantu dan sedar bahawa lembaga zakat sendiri mempunyai komposisi pekerja yang kecil.

Bagi Abd Rahman Kasim, 38, atau lebih dikenali sebagai Man Raja Lawak beliau menyambut baik penganjuran Zakat Street yang menjadi medium penyampaian dakwah baru dalam memberikan kesedaran membayar zakat.

Menurutnya, meskipun ini merupakan kerjasama kali pertama bersama LZS namun beliau secara peribadi bergiat aktif mempromosikan kesedaran berzakat kepada orang awam bersama Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan sejak empat tahun lalu.

Secara peribadi Man berkata, beliau memanfaatkan perkembangan laman sosial masa kini sebagai inisiatif mempromosi dan mengingatkan orang ramai khususnya peminat membayar zakat.

“Ramai orang kadang-kadang nak ke surau atau masjid ada alasan tertentu, hari ini mereka tidak boleh berikan alasa kerana ilmu dah datang.

“Kalau suka kepada ilmu mereka akan berhenti. Kalau sibuk hal dunia mereka akan berhenti,” katanya kepada Selangor Kini.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.