Categories
NASIONAL

P.Pinang cadang sumbang RM100,000 bantu mangsa gempa bumi Sabah

GEORGE TOWN, 7 JUN: Kerajaan Pulau Pinang bercadang menyalurkan sumbangan RM100,000 bagi membantu mangsa terlibat dalam kejadian gempa bumi melanda Sabah pada Jumaat lepas.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata cadangan itu dibangkitkan dalam mesyuarat Exco minggu depan sebagai tanda solidariti, simpati dan sokongan terhadap mangsa yang terlibat.

Gempa Sabah“Saya nak ucapkan takziah kepada mereka yang terkorban dalam kejadian gempa bumi di Sabah.

“Kehilangan nyawa ini khususnya ke atas mereka yang mendaki Gunung Kinabalu adalah sesuatu yang amat menyedihkan,” katanya dipetik Bernama.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang Larian Menara Komtar 2015, di sini hari ini.

Lim berkata sumbangan itu disampaikan kepada wakil rakyat di Sabah untuk diagihkan kepada mangsa yang terjejas dalam kejadian itu.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.