Categories
NASIONAL

DHPP: Pelihara PAS dari label-melabel & fitnah

Oleh: NAEEM RAFFI

KUALA SELANGOR, 6 JUN: Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) menegur kepimpinan PAS agar menjaga kesucian parti itu dari budaya fitnah dan label-melabel dalam kalangan ahlinya.

Timbalan Pengerusi DHPP, N Balasubramaniam berkata tindakan segera wajar diambil sebelum ia merosakan perpaduan sekaligus memecah belahkan parti.

Muktamar“DHPP pada dasarnya datang kepada PAS mengharapkan suasana lebih harmoni dengan pemerintahan Islam yang sudah tentu mengajar sesuatu lebih baik.

“Hari ini, kami terkejut dengan budaya fitnah-memfitnah dan label-melabel yang merebak dalam PAS. Ia sudah dilarang dalam al-Quran, mengapa masih ada yang membudayakannya.

“Untuk mendapat kemenangan, PAS sewajarnya bersiap siaga dalam segenap sudut untuk tampil lebih gagah dari lawannya Umno-BN,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi pengulungan Muktamar Tahunan PAS ke-61 di sini hari ini.

Subramaniam menambah, DHPP menaruh harapan tinggi kepada pemerintahan Islam dibawa PAS untuk membawa perubahan dalam kehidupan lebih sejahtera.

“Janganlah harapan kami ini hancur apabila PAS dipenuhi amalan fitnah-memfitnah ini. Maka buktikan masalah berlaku ini diselesaikan secara Islam.

“DHPP  terus menjadi tulang belakang  perjuangan PAS. Kami mengharapkan PAS dibawah pimpinan Ulama dalam memberi keadilan dan keselesaan kepada rakyat setelah kami tidak yakin dengan Islam dibawa Umno,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.