Categories
NASIONAL

Kisah Hanipa dicabar jadi peguam panjat pagar asrama mencuit hati

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KUALA SELANGOR, 6 JUN: Pengerusi Lajnah Undang-Undang PAS, Hanipa Maidin pernah dicabar guru sekolah beliau supaya menjadi peguam apabila beliau dengan beraninya mempertikaikan tindakan dikenakan terhadapnnya atas kesalahan memanjat pagar sekolah.

“Semasa saya bersekolah saya pernah ditangkap kerana memanjat pagar asrama semasa nak ke ceramah PAS.

Hanipa“Bila cikgu nak ambil tindakan ke atas saya, saya jawab kenapa saya dikenakan tindakan sebab saya pergi ke ceramah PAS sedangkan yang panjat pagar untuk ke konsert tak pula kena tindakan.

“Cikgu saya kata lagi, saya ini pandai menjawab dan dia cabar saya supaya menjadi peguam,” katanya.

Hanipa mengimbas kenangan zaman persekolahan beliau ketika menggulung perbahasan di hari terakhir Muktamar Tahunan PAS kali ke-61 di Stadium Tertutup Kuala Selangor di sini, hari ini.

Jelas beliau, cabaran gurunya itu akhirnya menjadi pembakar semangat kepada beliau untuk mengejar cita-cita bergelar seorang peguam.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.