Categories
SELANGOR

‘Eat, Travel, Write’ promosi Selangor di mata dunia

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 11 JUN: Kerajaan Negeri bersama Tourism Selangor mengambil inisiatif menganjurkan program ‘Eat, Travel, Write’ dalam usaha mempromosikan Selangor di mata dunia.

Pembantu Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Gan Pei Nei, berkata ia bertujuan mempromosidestinasi pelancongan negeri yang menumpukan dua daerah di Sabak Bernam dan Kuala Selangor.

Katanya, program julung kali diadakan itu mendapat penyertaan 30 peserta terdiri daripada media tempatan dan blogger.

eat travel 2“Kali ini, kita akan memperkenalkan makanan tradisonal daripada masyarakat Jawa, Minangkabau, Bugis dan Mandailing juba beberapa yang lain.

“Kita juga membawa individu yang aktif di media sosial iaitu dipilih secara rawak di Facebook, Instagram dan Twitter,” katanya dalam sidang media sebelum pelepasan ‘Flag Off’ di Dataran SUK, di sini.

Hadir sama Timbalan Pengarah Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN), Ahmad Nazmi Razali.

Antara peserta luar negara yang terpilih adalah dari Kanada, Filipina dan Thailand.

yb jenice lee-markshortProgram empat hari tiga malam itu juga akan membawa peserta melawat kawasan sekitar di samping mempelajari teknik pembuatan makanan kaum yang terdapat di daerah itu.

Ia termasuk demonstrasi pembuatan Bahulu Kemboja, Kuih Rempeyek dan Nasi Ambeng, selain festa sawah padi diadakan dengan beberapa permainan tradisional dijalankan.

“Mereka ini akan mengambil gambar dan menulis kelebihan destinasi dan makanan itu serta dimuat naik di laman sosial atau penerbitan.

“Program ini akan dijadikan program tahunan kerana di Selangor banyak lagi destinasi yang boleh ditonjolkan,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.