Categories
SELANGOR

RM20,000 tambah baik perhentian bas SS19

Oleh: SYASYA SUFIAN

SUBANG, 11 JUN: Kerajaan Negeri sentiasa komited melaksana pelbagai inisiatif bagi menambah baik sistem kemudahan awam untuk keselesaan penduduk.

Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh, berkata Kerajaan Negeri menyalur peruntukan RM20,000 bagi menambah keluasan tapak perhentian bas di SS19 Subang Jaya dalam usaha itu.

“Terdapat dua kawasan memerlukan penambahbaikan di SS19 dan Subang Parade. Ini berlaku kerana pengguna terlalu ramai sehingga melebihi luar kawasan perhentiaan bas.

20150611_102726_resized“Ia sering berlaku terutama waktu pagi dan menjadi masalah apabila hujan lebat dan ruang tempat berteduh tidak cukup,” katanya di sini, hari ini.

Hannah berkata, kos perbelanjaan projek penambahan perhentian bas di Jalan SS19/2 berjumlah RM19,968 dengan kerjasama Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan kontraktor Ex Excellent Engineering.

Pengerusi Penduduk Setempat, Khairul Azuan Kamaruzam, berkata keprihatinan Kerajaan Negeri dan MPSJ terhadap kemudahan awam patut dipuji.

“Hannah sendiri turun padang melihat kawasan perhentian bas dan beliau tahu keperluan penambahan keluasan amat diperlukan untuk keselesaan pengguna terutama penduduk SS19,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.