Categories
NASIONAL

Hadi: Individu tewas perlu berperanan dalam PAS

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KUALA SELANGOR, 6 JUN: PAS memanfaatkan sumbangan dan tenaga setiap calon yang tewas dalam pemilihan kali ini dengan memberi mereka peranan dalam jawatankuasa tertentu.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, ini berikutan setiap individu terbabit mempunyai kelebihan masing-masing yang berguna untuk parti Islam itu.

Hadi“Dalam Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sahaja kita boleh melantik enam orang tidak termasuk ahli jawatankuasa lain lagi,” kata Abdul Hadi dalam sidang media di hari terakhir Muktamar Tahunan PAS kali ke-61 di Stadium Tertutup Kuala Selangor di sini, hari ini.

Sebelum itu ketika menyampaikan ucapan penangguhan, Abdul Hadi memberitahu PAS sudah melalui pelbagai pengalaman pahit dan manis perjuangan sejak parti itu ditubuhkan.

Namun katanya, PAS tetap berjaya mengharungi setiap cabaran dengan menganggapnya sebagai sebahagian daripada perjuangan perlu ditempuhi PAS.

Hasil pengalaman panjang dilalui PAS, parti berusia 61 tahun menjadi semakin matang dan dewasa bagi mengharungi cabaran mendatang.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.