Categories
SELANGOR

Iskandar: Tiada masalah Pakatan di Selangor, pentadbiran lancar

Oleh: NAEEM RAFFI

KUALA SELANGOR, 6 JUN: Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad memberi jaminan PAS terus memegang amanah rakyat menjalankan tanggungjawab bersama rakan PKR dan DAP.

Katanya, perkembangan semasa di Pulau Pinang yang menuntut ahli PAS melepaskan jawatan tidak boleh dikaitkan di Selangor.

“Di Selangor kita tidak punya masalah dengan rakan Pakatan yang lain dan kita pentadbiran akan berjalan seperti biasa.

Grafik-Selangor-Pakatan“Kita akan teruskan kerja kerana ia adalah tanggungjawab kepada rakyat yang memilih kita (PAS) dalam Pakatan Rakyat.

“Kalau kita biar isu ini menganggu kita, ini bermakna kita telah khianati amanah rakyat,” katanya kepada pemberita selepas berakhirnya Muktamar Tahunan Pas ke-61, di sini, hari ini.

Katanya, usul memutuskan hubungan dengan DAP yang dibawa Dewan Ulama itu hanya mendapat keputusan selepas ia dibawa ke Majlis Syura.

“Seperti saya katakan, usul itu hanya dibawa untuk dibincang di peringkat lebih atas, jadi tak bermakna usul itu diterima. Sebab ada juga usul yang tak dilaksanakan.

“Maknanya usul itu telah diluluskan untuk dibawa perbincangan,” kata Exco Selangor itu.

Terdahulu, bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berhasrat melepaskan semua jawatannya dalam kerajaan Pulau Pinang minggu ini.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.