Categories
SELANGOR

Hospital KKB perlu empat mesin hemodialisis

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 26 JUN: Kerajaan Negeri diminta mempertimbangkan permohonan untuk menambah Pusat Dialisis Rakyat khususnya di DUN Kuala Kubu Bharu (KKB).

Adun KKB, Lee Kee Hiong, berkata kawasan itu kerap menerima permintaan tinggi pesakit buah pinggang yang mahu mendapatkan rawatan hemodialisis di Hospital KKB.

Katanya, hospital sedia ada di KKB menghadapi masalah kekurangan mesin hemodialisis dan menyebabkan pesakit terpaksa menunggu giliran bagi menjalani rawatan.

Lee Kee Hiong a“Mereka tidak mampu membayar kos rawatan yang mahal di puast hemodialisis swasta yang mencecah RM150 hingga RM180 setiap rawatan.

“Hanya terdapat 14 mesin hemodialisis di hospital terbabit dan saya dapati masih terdapat ruang yang mencukupi bagi menempatkan empat mesin lagi,” katanya kepada Selangor Kini.

Sehubungan itu, beliau berharap Kerajaan Negeri mempertimbangkan sumbangan empat mesin hemodialisis dan kos RM10,000 bagi tujuan pengubahsuaian tempat rawatan lama dalam usaha meningkatkan kualiti rawatan hemodialisis hospital terbabit.

“Saya sedia maklum, Kerajaan Negeri tidak bercadang memperluaskan pusat dialisis sebaliknya akan mewujudkan Panel Dialisis Sihat Selangor sebagai penambahbaikan kepada Program Pusat Dialisis Rakyat sedia ada, yang dikemukakan dalam sidang DUN April lalu.

“Oleh itu, saya amat berharap ia dapat dipenuhi,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.