Categories
PELANCONGAN SELANGOR

Festival Seni Antarabangsa KKB 2016 1 hingga 10 Disember

OLEH HAFIZAN TAIB

KUALA KUBU BHARU, 22 NOV: Festival Seni Antarabangsa Kuala Kubu Bharu (KKB) 2016 menghimpunkan pelukis antarabangsa dan tempatan bakal diadakan di Perpustakaan Syed Mashor di sini, 1 hingga 10 Disember ini.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Kuala Kubu Bharu, Lee Kee Hiong berkata, orang ramai khususnya masyarakat setempat diminta mengambil peluang menghadiri bagi memeriahkannya.

“Seramai 30 pelukis antarabangsa dari 14 negara termasuk Malaysia akan menghasilkan karya mereka di sepanjang 10 hari festival berkenaan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, penganjur memilih burung kunyit sebagai maskot festival dengan tema ‘Cagar Seni di Perbukitan’ itu.

Katanya, tema serta nama maskot iaitu ‘Ori’ dihasilkan Rehman Rashid dan dipilih kerana dianggap tepat bagi festival berkenaan.

‘Orang ramai boleh mengambil peluang untuk hadir dan berinteraksi bersama semua pelukis termasuk bergambar kenangan.

“Mari bersama menceriakan Festival Seni Antarabangsa KKB 2016,” katanya.

=EZY=

Categories
SELANGOR

Selangor International Bird Race tarik minat pemerhati

OLEH: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 3 MEI: Lebih 70 hingga 80 spesies burung jenis tempatan dan asing berjaya menarik minat penggemar pemerhati burung di Program Wings of KKB 2016 : Selangor International Bird Race anjuran Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) bertempat di Kuala Kubu Bharu, Genting Highlands.

Program itu merupakan acara tahun dianjurkan sejak penganjuran pertama diadakan pada 2012 dan Resorts World Genting sekali lagi menjadi penaja utama bagi tahun yang ke empat.

KKBKetua Juri Program Wings of KKB 2016: Selangor International Birds Race, K.S Durai, berkata program itu disifatkan sebagai usaha memelihara alam semula jadi di kalangan masyarakat.

“Program ini mewujudkan kesedaran terhadap pentingnya khazanah alam semula jadi dipelihara dan dikekalkan untuk dinikmati generasi akan datang.

“Selain menarik peminat burung tempatan dan luar negara bahawa kawasan Genting Highlands, Kuala Kubu Bharu dan Bukit Fraser adalah destinasi melihat burung terbaik di rantau ini,” katanya mengadili program itu buat kali kelima berturut.

Katanya, terdapat 10 spesies burung paling unik dan istimewa wujud di kawasan menjadi pusat pemeriksaan terakhir peserta program itu.

Antara burung unik dan istimewa adalah Collared Owlet, Black-Crested Bulbul, Orange Bellied Leafbird, Buff-Breasted Babbler, Mountain Bulbul dan Great Hornbill.

“Spesies itu jarang ditemui kerana faktor tertentu seperti masalah kepupusan, tetapi dapat dilihat sendiri orang ramai terutama pada waktu pagi dan tengah hari.

“Selain itu, Layang-Layang Jambul Kecil juga adalah antara menjadi tarikan utama pelancong memandangkan banyak habitat tinggal di kawasan itu,” katanya.

Difahamkan, ia merupakan pertandingan memerhati burung pertama di Malaysia yang memerlukan peserta begerak dari checkpoint ke checkpoint lain dan memberi peluang peserta menjumpai pelbagai spesis burung berlainan mengikut perbezaan ketinggian.

Pihak penganjur juga mengekalkan pertandingan fotografi burung kategori profesional seperti tahun sebelumnya. Aktiviti sampingan seperti Explorace bagi kanak-kanak turut diadakan.

EZY

Categories
EKONOMI SELANGOR

Sejarah dan keindahan Kuala Kubu Bharu jadi tarikan

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM 25 JAN :Keunikan Kuala Kubu Bharu sebagai bandar bersejarah dan memiliki keindahan semula jadi menjadikan ia sebagai kawasan tumpuan pelancong domestik dan luar di Selangor.

Adun Kuala Kubu Bharu, Lee Kee Hiong, berkata pembangunan bandar terbabit dengan pengekalan keadaan asal memberikan kelebihan dan kelainan menjadikan ia sebagai pilihan kepada pengunjung berbanding bandar atau tempat lain di negara ini.

Sungai Chiling“Kuala Kubu Bharu menjadi tumpuan kerana mempunyai banyak tempat menarik seperti Bukit Fraser, Bukit Kutu, Air Terjun Sungai Chiling dan Air Terjun Lata Medang.

“Air terjun Sungai Chiling sendiri diakui sebagai kawasan perkelahan air terjun tercantik di Selangor,” katanya kepada SelangorKini di sini, hari ini.

Beliau berkata, selain itu ia juga kekal dipenuhi bangunan lama dan bersejarah hasil peninggalan zaman British seperti pejabat pos, balai polis, menara jam dan sebagainya.

“Kuala Kubu Bharu juga adalah bandar pertama dirancang pihak perancang bandar di Malaysia pada 1930.

“Orang ramai juga boleh melawat Galeri Sejarah Kuala Kubu Bharu untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai sejarah bandar ini,” katanya.

galerikkb 4Bagi menarik perhatian umum, Kee Hiong menggerakkan pelbagai program seperti kebudayaan dan kesenian yang dijalankan dua bulan sekali dengan terbaharu, Program Seni dan Masyarakat 2 bersama Prof Dr Sti Zainon Ismail pada 25 dan 26 Disember tahun lalu.

Berdasarkan sejarah, pembinaan bandar itu dirancang arkitek New Zealand, Charles Compton Reade dengan menjadikan ia sebagai bandar dalam taman dengan idea reka bentuk menarik.

Ia berikutan tragedi banjir besar yang menenggelamkan bandar asal, Kuala Kubu.

EZY

Categories
SELANGOR

Hospital KKB perlu empat mesin hemodialisis

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 26 JUN: Kerajaan Negeri diminta mempertimbangkan permohonan untuk menambah Pusat Dialisis Rakyat khususnya di DUN Kuala Kubu Bharu (KKB).

Adun KKB, Lee Kee Hiong, berkata kawasan itu kerap menerima permintaan tinggi pesakit buah pinggang yang mahu mendapatkan rawatan hemodialisis di Hospital KKB.

Katanya, hospital sedia ada di KKB menghadapi masalah kekurangan mesin hemodialisis dan menyebabkan pesakit terpaksa menunggu giliran bagi menjalani rawatan.

Lee Kee Hiong a“Mereka tidak mampu membayar kos rawatan yang mahal di puast hemodialisis swasta yang mencecah RM150 hingga RM180 setiap rawatan.

“Hanya terdapat 14 mesin hemodialisis di hospital terbabit dan saya dapati masih terdapat ruang yang mencukupi bagi menempatkan empat mesin lagi,” katanya kepada Selangor Kini.

Sehubungan itu, beliau berharap Kerajaan Negeri mempertimbangkan sumbangan empat mesin hemodialisis dan kos RM10,000 bagi tujuan pengubahsuaian tempat rawatan lama dalam usaha meningkatkan kualiti rawatan hemodialisis hospital terbabit.

“Saya sedia maklum, Kerajaan Negeri tidak bercadang memperluaskan pusat dialisis sebaliknya akan mewujudkan Panel Dialisis Sihat Selangor sebagai penambahbaikan kepada Program Pusat Dialisis Rakyat sedia ada, yang dikemukakan dalam sidang DUN April lalu.

“Oleh itu, saya amat berharap ia dapat dipenuhi,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Kes pencemaran Sg Kempas dirujuk ke LUAS tindakan susulan

Oleh: NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 13 MEI: Kes pencemaran air di Sungai Kempas akibat Projek Pembinaan Bangunan (reban) Ayam Tertutup sudah dirujuk ke Lembaga Urus Air Selangor (Luas) untuk tindakan susulan, kata Adun Kuala Kubu Bharu, Lee Kee Hiong.

Katanya, projek dibangunkan di Mukim Kerling itu dikhuatiri mengundang risiko berlakunya banjir kesan daripada kerja penebangan pokok dan meratakan bukit.

Lee Kee Hiong a“Surat mengenai pencemaran sungai berkenaan tdihantar kepada Pengarah Luas, Menteri Besar dan jabatan-jabatan terlibat.

“Saya tidak menghalang sebarang pembangunan yang boleh meningkatkan taraf hidup rakyat dan memajukan Selangor. Tetapi projek ini lebih mendatangkan kesan buruk kepada alam sekitar bahkan penduduk,” katanya.

Projek reban ayam itu mendapat bantahan penduduk sekitar ekoran keadaan air sungai menjadi keruh dengan lumpur khususnya pada waktu hujan.

Selangor Kini difahamkan, aliran Sungai Kempas bersambung dengan Sungai Kerling serta Sungai Selangor malah ia juga berdekatan dengan Loji Air Batang Berjuntai.

“Hasil tinjauan juga mendapati pembinaan reban ayam berkenaan tidak menyediakan kawasan tadahan air sisa sebelum dialirkan ke dalam anak sungai.

“Kawasan tadahan air dan anak sungai di sini dipromosikan untuk Eco Pelancongan, jadi pencemaran air sungai akibat pembangunan projek seperti ini dikesali,” katanya.

Sebelum ini, Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) mengeluarkan arahan kepada pemaju projek menghentikan kerja di tapak itu buat sementara waktu sehingga menerima maklum balas daripada Kerajaan Negeri.

EZY

Categories
SELANGOR

Projek terbengkalai 10 tahun Taman Desa KKB hampir siap

HULU SELANGOR 9 FEB: Kerajaan Selangor memberikan nafas baru Projek Taman Desa Bukit Bujang, Ampang Pecah yang terbengkalai hampir 10 tahun dengan menyelesaikan masalah itu.

Adun Kuala Kubu Bharu, Lee Kee Hiong berkata, sebelum ini projek itu tergendala disebabkan isu pembayaran kos infrastruktur serta masalah pemberi milikan tanah sehingga menyebabkannya berlarutan.

kkbMenurutnya, keadaan itu mengundang keresahan pembeli yang menunggu lama memiliki rumah itu.

Mesyuarat Exco pada 15 Oktober 2014, Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali memberi kelulusan ke atas Pemberi Milikan dan Kos Infrastrukur diserap di dalam harga jualan rumah.

Pemaju dihendaki pembayar premium tanah mengikut harga pasaran.

“Malah sebelum ini, terdapat juga sebilangan penduduk mengugut mengambil tindakan undang-undang kepada pemaju disebabkan permasalahan berlaku,” katanya dalam kenyataan media.

ADUN KKBMenurutnya, pada 1995 kawasan berkenaan pada asalnya dimajukan Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Ampang Pecah bersama pemaju terlibat bagi pelaksanaan Program Pembesaran Kampung melibatkan tanah seluas 165 ekar.

Kee Hiong berkata, namun begitu masalah berlaku apabila timbulnya isu masalah kos infrastruktur yang sepatutnya ditanggung Pejabat Tanah Daerah (PTD) Hulu Selangor.

“Sejak itu, saya telah bawa isu ini beberapa kali ke Sidang Dewan Undangan Negeri bagi mendapatkan perhatian dan tindakan daripada kerajaan negeri,” katanya.

Menerusi pemantauan dijalankan di tapak projek itu, Kee Hiong berkata kebanyakan rumah kini hampir siap 95 peratus.

Katanya, pihaknya yakin projek ini akan berjaya menyediakan kawasan perumahan yang ideal bagi rakyat.

 

Categories
SELANGOR

Explore KKB Race 16 Sept

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 9 SEPT: Bagi memeriahkan Sambutan Hari Malaysia tahun ini, Pusat Khidmat Masyarakat Adun Kuala Kubu Bharu akan menganjurkan Explore Kuala Kubu Bharu Race 2014 pada 16 September ini di Stadium Mini Kuala Kubu Bharu mulai jam 8 pagi.

Program yang terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia dijalankan dengan kerjasama Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) serta Kelab Rekreasi dan Pelancongan Hulu Selangor.

exploreKKBIa bermula di stadium berkenaan dan dijangka berakhir di Dewan Merdeka Kuala Kubu Bharu pada jam 1 tengah hari.

Pihak penganjur menyediakan hadiah utama sebanyak RM3,000 diikuti kedua (RM1,500), ketiga (RM750) manakala hadiah saguhati bagi keempat hingga kesepuluh.

Antara syarat penyertaan ialah kenderaan mengambil bahagian mesti berenjin dan beroda empat (tidak termasuk trak, lori dan bas), setiap pasukan terdiri dari seorang pemandu dan penolong pemandu dengan pilihan tidak melebihi dari dua penumpang (maksima empat peserta setiap kenderaan) dan bayaran penyertaan RM150 bagi sebuah kenderaan.

Tarikh tutup penyertaan pada 12 September (Jumaat) ini.

Orang ramai yang ingin mendapatkan butiran lanjut, boleh menghubungi Rusmi (019-6667573), Azman (013-3696321) dan Ujang (013-3445373).

EZY

JURNAL BERITA – MB : Jadikan perpustakaan rumah kedua

1. MB: LUAS diarah dapatkan ‘The Royal Rainmaking Technology’ bagi hujan 3 kali seminggu

2. MB: Usaha dipergiat naikkan paras simpanan air mentah

3. MB: Air cukup di Kuala Langat, tetapi kurang di empangan KKB

4. MB: Jadikan perpustakaan rumah kedua

5. Anwar tarik diri, Wan Azizah kekal presiden PKR

6. Kerajaan BN ‘sorok’ penswastaan Penang Port

7. FOMCA: Semua pihak perlu bekerjasama pastikan penstrukturan industri air disegerakan

8. FOMCA: Kerajaan patut kaji kesesuaian bas ekspres 2 tingkat

9. FOMCA: Kerajaan Pusat patut bentang pelan penyaluran air Langat 2

10. AKTIVITI YB: ‘Jom Baca 10 minit’ peringkat Gombak Setia meriah

11. Nufam: Pastikan keselamatan pesawat 100% sebelum dibenarkan terbang

12. PR gerakkan rakyat bantah GST 1 Mei di KL

13. BERSIH 2.0: Ayuh bersolidariti bersama pekerja di Himpunan 1 Mei

14. PAS: Parlimen Bukit Gelugor adalah kerusi DAP