Categories
SELANGOR

LZS terima zakat perniagaan RM5.11 juta

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 26 JUN: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menerima zakat perniagaan RM5.11 juta dari 54 syarikat di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), di sini.

Prolintas Expressway Sdn Bhd mendahului senarai syarikat pembayar iaitu RM815,000 diikuti Bank Pembangunan Malaysia Berhad (RM726,720) dan QSR (M) Holdings Sdn Bhd (RM642,627).

IMG_2614Selain itu, MTD Prime Sdn Bhd turut mengeluarkan zakat bernilai RM541,000, Advanced Air Traffic Systems (M) Sdn Bhd (RM520,061), KPJ Healthcare Berhad (RM343,223) serta Kumpulan Rahman Brothers Sdn Bhd dan Turnpike Synergy Sdn Bhd masing-masing RM200,000.

Pada majlis sama, LZS juga mengagihkan bantuan zakat RM2.7 juta kepada sekolah seluruh negeri itu yang terlibat dengan Program Sekolah Angkat (PROSA) di bawah selenggaraan Jabatan Pendidikan Selangor.

Pemberian itu bagi membantu anak asnaf fakir dan miskin meneruskan pembelajaran di sekolah terbabit.

Majlis disempurnakan Pengerusi Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa yang turut dihadiri Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid dan Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Husin Mohd Ali.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.