Categories
SELANGOR

DAP Selangor cadang ‘Kerajaan Gabungan Selangor’

SHAH ALAM 20 JUN: DAP Selangor sebulat suara mengambil keputusan tidak mahu menjejaskan Kerajaan Selangor dan pembubaran Dewan Negeri Selangor (DNS) adalah ‘pilihan terakhir’ yang langsung tidak diingini.

Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua berkata mesyuarat DAP Selangor mengemukakan beberapa cadangan penyelesaian untuk dibincang dengan Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali dalam masa terdekat.

PAKATAN RAKYAT“Kami juga mengambil pendirian untuk sedia mendengar cadangan daripada beliau,” kata Tony Pua dalam kenyataan media.

Tony Pua berkata beliau mengalu-alukan sebuah “Kerajaan Gabungan Negeri Selangor” yang baru.

Katanya gabungan ini perlu berasas secara menyeluruh kepada Kerangka Dasar Bersama dan manifesto Kerajaan Selangor yang diberikan mandat rakyat pada pilihan raya lalu.

“Kami mengalu-alukan Kerajaan Gabungan ini bersama dengan PKR dan mana-mana pihak lain yang sedia bekerjasama politik antara satu sama lain secara rasmi, untuk mencapai matlamat tersebut,” katanya.

Beliau berkata perjumpaan antara DAP Selangor dengan Dato’ Menteri Besar adalah penting dan perlu disegerakan untuk menyelesaikan isu politik ini secepat mungkin.

“Permintaan ini disampaikan kepada Dato’ Menteri Besar pada hari Khamis yang lalu dan kami kini menunggu penetapan tarikh dan masa daripada pejabat beliau,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.