Categories
NASIONAL

Mantapkan ukhuwah, padam syak wasangka

SHAH ALAM, 3 JUN: Muslimat PAS disaran memantapkan ukhuwah dan memadamkan syak wasangka serta terus istiqamah dalam perjuangan parti itu.

Ketua Dewan Muslimat Pas Pusat (DMPP), Siti Zailah Mohd Yusof, berkata muslimat mesti mencari titik pertemuan walaupun masing-masing mempunyai pelbagai pandangan.

“Sesungguhnya, perjuangan menegakkan Islam tidak melalui jalan yang mudah, bahkan kita sentiasa diuji dengan pelbagai cabaran dan halangan.

muslimat pas“Walaubagaimanapun, kita perlu tetap dan tabah, beristiqamah serta tidak menyeleweng dari dasar Islam.

“Pupuk ukhuwah dan elakkan bertelingkah sesama sendiri. Sentiasa bermunajat serta mengikat diri dengan Allah SWT,” katanya yang dipetik dari Harakah Daily.

Zailah menegaskan, kebocoran maklumat dalam gerakan Islam yang berlaku kini memberi kesan besar kepada keutuhan PAS yang mementingkan etika juga adab kerahsiaan dalam jemaah.

Beliau berkata, hal itu ditambah dengan kelicikan pengamal media baru yang sentiasa mendahului dalam menyampaikan berita dan maklumat sensasi.

image“Ini kerana kegagalan sebahagian ahli untuk mengelak atau mengawal diri daripada mendedahkan perselisihan antara mereka melalui media baru.

“Cabaran ini bersifat ancaman dari media ke atas gerakan Islam. Jika tidak dibendung secara berhikmah akan menjadi kanser kepada jemaah kita,” katanya.

Zailah mengingatkan supaya muslimat tidak terpengaruh dengan istilah ‘ulama’ dan ‘profesional’ yang digunakan media dan musuh PAS untuk memecahkan ahli.

Katanya, ia lebih menjurus kepada pertembungan dua aliran pemikiran yang berbeza pandangan dan pendekatan.

“Isu yang diperbesar dalam media sosial termasuk Facebook, Whatsapp dan medium lain bukan pertembungan antara kumpulan ulama dan profesional dalam PAS tetapi pengikut masing-masing,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.