Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Sultan perkenan tandatangan watikah bubar DUN Johor

JOHOR BAHRU, 22 JAN: Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini berkenan menandatangani watikah pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

“(Menurut) Fasal 23 Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 bahawa Dewan Negeri Johor Darul Ta’zim termansuh pada 22 Januari 2022,” titah Sultan Ibrahim menerusi satu hantaran di Facebook rasmi baginda hari ini.

Terdahulu, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad di Istana Bukit Serene di sini pada 5 petang.

Berangkat sama, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Pada pertemuan itu, Hasni diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Datuk Azmi Rohani yang kemudian mempersembahkan watikah pembubaran Dewan Negeri Johor.

— BERNAMA

 

Categories
AGENDA NASIONAL

Speaker umum DUN Melaka bubar berkuat kuasa semalam

SHAH ALAM, 5 OKT: Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubarkan pada 4 Oktober bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri (PRN) diadakan.

Speaker DUN Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata Yang Dipertua Negeri Tun Mohd Ali Rustam telah membuat pertimbangan dan bersetuju untuk membubarkan DUN susulan nasihat daripada Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali semalam.

Ab Rauf berkata sepucuk surat telah dikemukakan kepada Mohd Ali yang memaklumkan empat Adun mengumumkan hilang kepercayaan terhadap Sulaiman dan pada masa sama meminta perkenan untuk pembubaran DUN.

“Sehubungan itu, Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang Dipertua Negeri Melaka telah membuat pertimbangan dan bersetuju untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Keempat Belas pada 4 Oktober 2021 (Isnin),” katanya dalam sidang media khas di Seri Negeri di sini hari ini.

Ab Rauf berkata Proklamasi Pembubaran DUN Melaka yang ke-14 diwartakan pada hari ini.

Pada sidang media itu, Ab Rauf turut menyerahkan proklamasi pembubaran DUN Melaka kepada Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Melaka Rudy Rohan Johan @ Ganesan.

Ditanya mengenai PRN ketika pandemik Covid-19, Ab Rauf berkata SPR boleh mencadangkan tatacara operasi piawai (SOP) kepada Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Beliau berkata buat masa ini, kerajaan negeri sedia ada akan menjadi kerajaan sementara sehingga PRN dilaksanakan.

Semalam, empat Adun kerajaan mengumumkan hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap kepimpinan Sulaiman iaitu Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas).

Sebelum ini, kerajaan Melaka pimpinan BN diwakili 17 Adun terdiri daripada 14 Adun Umno, dua (Bersatu) dan satu Bebas manakala pembangkang mempunyai 11 kerusi iaitu tujuh DAP, dua (KEADILAN) dan dua (Amanah).

-BERNAMA

Categories
SELANGOR

MB: Bubar DNS bukan penyelesaian kemelut DAP-PAS

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 12 JUN: Tiada isu membabitkan pembubaran Dewan Negeri Selangor (DNS) di sebalik pergeseran dua parti komponen Pakatan Rakyat (Pakatan) iaitu DAP dan PAS.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata tumpuan harus diberikan terhadap masa depan Pakatan yang tidak tertumpu kepada sesebuah parti.

“(Bubar DUN) itu bukan isu,” katanya pada Multaqa Pegawai dan Jawatankuasa Masjid serta Penyerahan Bantuan Moreh Masjid dan Surau Selangor di Masjid Negeri, di sini, hari ini.

markshort mb4Pada masa sama, Mohamed Azmin berkata, pihaknya sudah mengadakan pertemuan bersama DAP beberapa hari lalu susulan krisis dalam Pakatan.

Katanya, perbincangan berkenaan perkara itu akan diteruskan melalui pertemuan dari masa ke masa.

“Kita bincang senario secara keseluruhan, masa depan Pakatan. Beberapa hari lalu kita bincang dan masih diteruskan serta sering berjumpa,” katanya.

Sebelum ini, Mohamed Azmin berkata, PKR tidak akan tunduk kepada tekanan sebarang pihak yang meminta parti itu memilih memutuskan hubungan sama ada dengan PAS atau DAP dalam meneruskan pentadbiran Selangor.

Beliau berkata, setiap masalah perlu diselesaikan secara bersama walaupun ada percanggahan antara parti komponen dalam Pakatan.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Krisis politik Terengganu, PAS negeri adakan mesyuarat khas

SHAH ALAM, 13 MEI: Badan Perhubungan PAS Terengganu sedang mengadakan mesyuarat khas berhubung krisis politik yang sedang berlaku ketika ini.

Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu, Satiful Bahri Mamat dalam satu kenyataan media berkata, pemimpin PAS berharap semua pihak bertenang dan bersabar.

“Insya Allah, atas kepentingan seluruh rakyat, kita akan memutuskan perkara yang terbaik bagi menyelesaikan kemelut ini.

satiful bahri pas“Dari semasa ke semasa, PAS Terengganu akan membuat pemberitahuan kepada media, melalui media rasmi bagi mengelakkan sebarang khabar angin dan kenyataan di luar daripada keputusan pemimpin.

“Pemimpin PAS Terengganu mengikuti dengan teliti perkembangn yang berlaku ini daripada awal dan tindakan yang perlu sedang diambil,” katanya.

Semalam, bekas Menteri Besar Terengganu yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Seri Ahmad Said dan ADUN Ajil Ghazali Taib mengisytiharkan keluar Umno dan menjadi wakil rakyat bebas.

Ahmad meletak jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu tidak lama selepas penggantinya, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mengangkat sumpah memegang jawatan di hadapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu.