Categories
SELANGOR

MB: Muktamar PAS di Selangor bukti kerjasama Pakatan kukuh

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KUALA SELANGOR, 4 JUN: Keputusan PAS memilih Selangor sebagai tuan rumah Muktamar Tahunan PAS kali ke-61 membuktikan kerjasama kukuh Pakatan Rakyat (PR) negeri itu.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, ini dapat dilihat apabila PAS memilih Selangor sebagai penganjur muktamar tahunannya buat kali ketiga sejak 2008.

Muktamar“Selangor sambut baik keputusan PAS mengadakan Muktamar di Selangor. Kita juga bagi bantuan dan kerjasama dan ini menunjukkan PR di Selangor ini ‘solid’ seperti ditegaskan Presiden PAS tadi.

“Ia jelas bahawa kaedah dan prinsip tahaluf siasi ini perlu dipertahankan, disuburkan dan dimajukan. Kita perlu berlaku adil kepada semua pihak,” kata Mohamed Azmin.

Beliau berkata demikian kepada Selangor Kini selepas Abdul Hadi selesai menyampaikan ucapan dasar Muktamar Tahunan PAS kali ke-61 di Stadium Tertutup Kuala Selangor di sini, hari ini.

Mohamed Azmin turut berharap agar muktamar kali ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.

“Kepada semua perwakilan luar Selangor, saya ucapkan selamat datang ke Selangor. Selamat bermuktamar dan saya doakan selamat kembali ke tempat masing-masing nanti,” kata Mohamed Azmin lagi.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.