Categories
SELANGOR

RM12.1 juta tingkat kemudahan pembelajaran 495 sekolah

Oleh: NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 4 JUN: Sebanyak RM12.1 juta diperuntukkan kepada 495 sekolah seluruh negeri bagi menyediakan suasana pembelajaran kondusif kepada pelajar.

Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains & Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata untuk daerah Sepang sebanyak RM1,087,000 disediakan untuk 29 sekolah merangkumi Sekolah Agama Rakyat (SAR), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).

Nik Nazmi“Jumlah agihan setiap daerah dan sekolah berbeza berdasarkan keperluan sekolah dengan mengambil kira jumlah pelajar dan keadaan terkini sekolah.

“Ia berdasarkan borang permohonan yang dilengkapkan oleh setiap sekolah,” katanya dalam kenyataan kepada Selangor Kini.

Tahun ini, Kerajaan Negeri memperuntukkan jumlah keseluruhan Bantuan Pendidikan Selangor sebanyak RM16 juta dengan RM12 juta sudah berjaya disalurkan.

Daripada iumlah itu, SAR menerima RM6 juta, manakala SJKC dan SJKT masing-masing RM4 juta. Bakinya RM2 juta adalah rizab bagi kegunaan kecemasan seperti kebakaran atau bencana alam.

Sepang merupakan daerah ke lapan menerima agihan bantuan di bawah program ini.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.