Categories
SELANGOR

Penyampaian Ilmu Turath wajar sejajar peredaran zaman

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 4 JUN: Umat Islam disarankan mendalami Ilmu Turath warisan ulama silam agar ia terus terpelihara dan dikembangkan sejajar peredaran zaman.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Haris Kassim, berkata Ilmu Turath tetap relevan untuk dibincangkan dari zaman dahulu hingga kini dan penyampaiannya perlu dilakukan secara berkesan kepada pelajar.

jais 3Katanya, ia bukan hanya dirasai nikmat mendengar kupasan dari guru tetapi ilmu terbabit dapat meresapi hingga ke sanubari mereka dan diaplikasi dalam kehidupan harian sebagai muslim sejati.

“Penerbit-penerbit buku, majalah, risalah dan sebagainya dipohon supaya dapat menerapkan Ilmu Turath dalam terbitan masing-masing.

“Secara tidak langsung isi kandungan ini akan dapat disebarluaskan dan diambil faedah atau dikongsi bersama kepada msyarakat umum di negara kita,” katanya.

Beliau berkata ketika berucap dalam majlis penutup Konvensyen Sekolah-Sekolah Agama Aliran Turath Peringkat Kebangsaan Kali Pertama 2015 di sini, hari ini.

Beliau berkata Ilmu Turath perlu didalami serta dibongkar kerahsiaannya di sebalik perkataan demi perkataan yang terzahir di dalam kitab-kitab Turath berkenaan.

“Lazimnya kitab Ilmu Turath dibaca, difahami serta dibincangkan menerusi kitab induk dari kulit ke kulit seperti Al-Quran, Tafsir Al-Quran, Hadis, Ulumul Hadis, Fiqah, Usul Fiqah, Akidah, Tasauf, Akhlak, Nahu, Saraf dan lain-lain lagi,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.