Categories
NASIONAL

Perwakilan: Kami bukan budak sekolah mudah dipengaruhi ‘chai’

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KUALA SELANGOR, 6 JUN: Perwakilan menganggap dakwaan sesetengah pihak kononnya keputusan pemilihan kali ini dipengaruhi ‘chai’ sebagai menghina kemampuan perwakilan membuat keputusan.

Ini berikutan beberapa perwakilan ditemui Selangor Kini memberitahu undian dibuat berdasarkan kredibiliti calon dan tidak ditentukan ‘chai’ terbabit.

“Perwakilan bukan budak sekolah yang tidak boleh buat keputusan. Kami boleh berfikir sendiri untuk menilai siapa layak untuk kami pilih bukan berdasarkan senarai diedarkan.

muktamar pas“Dakwaan mengatakan perwakilan memilih calon mengikut senarai sama seperti memperkecilkan perwakilan dipilih kawasan,” kata Perwakilan Jasin, Melaka, Mat Nor Modeng.

Perwakilan Tambun, Perak, Lukmal Hakim Abdul Kasim pula menegaskan beliau memilih berdasarkan keputusan dibuat di peringkat kawasan.

“Sebelum saya datang, PAS kawasan saya dan memutuskan siapa perlu saya undi. Maka hari ini undi saya juga membawa suara ahli akar umbi.

“Kalau ada persamaan dengan senarai yang disebut-sebut itu hanya kebetulan serta memang itu yang terbaik dimahukan ahli kawasan kami,” kata Lukmal.

Sementara itu Perwakilan Miri, Sabah, Mukhtar Suhaili pula berkata perwakilan PAS cukup matang untuk menentukan siapa perlu mereka pilih tanpa dipengaruhi unsur lain.

“Tak dinafikan mungkin ‘chai’ itu memang wujud tetapi apa yang penting, perwakilan cukup matang menentukan mereka nak pilih. Nama yang naik ini juga paling banyak dicalonkan di kawasan.

“Pada saya tak timbul isu kononnya calon yang menang sebab ‘chai’ semata-mata,” kata Mukhtar yang juga merupakan Exco Pemuda Pusat.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.