Categories
NASIONAL

Kerajaan Persekutuan perlu pertingkat usaha perangi pemerdagangan manusia

Oleh: NAEEM RAFFI

KUALA SELANGOR, 6 JUN: Muktamar PAS Tahunan yang bersidang hari ini meluluskan usul isu Pemerdagangan Manusia dan Lambakan Pendatang Asing.

Usul dibawa PAS kawasan Kota Raja itu menuntut Kerajaan Persekutuan mempergiat usaha mencegah dan memerangi pemerdangangan manusia dan penyeludupan migran selain memastikan perlindungan dan bantuan sepenuhnya kepada mangsa aktiviti itu.

muktamar pasPewakilan Kota Raja, Jaafar Shamsudin menuntut Kerajaan Persekutuan bertindak selaras dengan standard antarabangsa ditetapkan Protokol Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk mencegah, menyekat dan menghukum pemerdanganan manusia terutamanya dalam kalangan wanita dan kanak-kanak.

“Usul ini mendesak pendakwaan, perlindungan dan pencegahan dalam isu memerangi pemerdangangan orang dikuat kuasa serta merta,” katanya dalam sesi perbahasan usul di Muktamatr PAS Tahunan ke 61, di Stadium Tertutup Kuala Selangor di sini hari ini.

Merujuk kepada Laporan Pemerdangangan Orang 2014, (TIP) oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat, Malaysia diturunkan kepada kedudukan ketiga, Senarai Pemerhati (Tier 3, Watch List) atas kegagalan mematuhi standart minimum bagi penghapusan pemerdangangan manusia.

“Rasa kesal ke atas lambatnya Kerajaan Persekutuan mengambil tindakan menyelamat mangsa hanyut di perairan negara sebagaimana laporan Pemerdangangan Orang 2014 (TIP),” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.