Categories
NASIONAL

PKR fail petisyen pembebasan Anwar kepada Kumpulan Kerja PBB

Oleh: AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 17 JUN: PKR meneruskan usaha membebaskan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui permohonan petisyen pembebasan yang difailkan secara rasmi kepada Kumpulan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Permohonan berkenaan penahanan Anwar itu diserahkan melalui peguam Jared Genser dan R Sivrarasa, pada 15 Jun lalu.

Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) dalam satu sidang media berkata, tindakan itu seiring dengan penghantaran satu notis permohonan petisyen kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Seri Pandikar Amin Mulia.

Nurul-IzzahKatanya, ia termaktub di bawah Peraturan Mesyuarat 19 Dewan Rakyat bagi membebaskan Anwar atas penghukuman tempang dan salah yang diserahkan Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata, hujah itu diperkuat dengan penarikan semula saman sivil Mohd Saiful Bukhari Azlan terhadap Anwar selepas ia berlarutan hampir tujuh tahun, pada 1 Jun lalu.

“Dua usaha ini menyusul permohonan pendengaran semakan kes Fitnah 2 ekoran kenyataan bersumpah bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (CCID), Datuk Ramli Yusuff di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menyokong kuat pembelaan Anwar bahawa beliau mangsa konspirasi politik dan wujudnya keterangan dipalsukan.

“Semakan penghakiman yang memuatkan keperluan mendesak melibatkan Datuk Ramli Yusuff difailkan oleh Latheefa Koya dan N Surendran,” katanya di Lobi Parlimen.

pkrKandungan petisyen yang dihantar antaranya menjelaskan keputusan pembebasan bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu oleh Mahkamah Persekutuan (2004) dan Mahkamah Tinggi (2012).

Nurul Izzah berkata, Kerajaan Persekutuan perlu memastikan tidak ada campur tangan yang mampu menggugat prosiding badan kehakiman yang sedang berlangsung.

“Rekod lalu memperlihatkan tindakan Pejabat Perdana Menteri (PMO) yang secara melulu menjustifikasi penghukuman kes Fitnah 2 sebelum keputusan diumum Hakim Mahkamah Persekutuan mencalar pelaksanaan prinsip pengasingan kuasa di Malaysia,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.