Categories
NASIONAL

Tuan Ibrahim mahu sujud syukur, sembelih kambing kalau kalah Timb Presiden

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KUALA SELANGOR, 6 JUN: Timbalan Presiden PAS yang baru, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man tidak berhasrat mencabar Mohamad Sabu bagi merebut kerusi dimenanginya itu.

Bagaimanapun, beliau menerima pencalonan kerusi nombor dua parti Islam itu apabila teringat pesanan bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat yang menegah beliau menarik diri sekiranya dicalonkan tidak kira apa jawatan.

Jelas beliau, ini kerana Nik Aziz memberitahu, tindakan menarik diri mengecewakan ahli akar umbi yang meletakkan harapan terhadap beliau.

Tuan Ibrahim“Ketika saya melihat pencalonan, saya sebenarnya cukup mengelak untuk bertanding melawan Abang Mat Sabu dan saya bernazar kalau saya kalah saya akan sujud syukur dan sembelih seekor kambing,” kata Tuan Ibrahim.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan di hari terakhir Muktamar Tahunan PAS kali ke-61 di Stadium Tertutup Kuala Selangor di sini, hari ini.

Bagaimanapun, jelas Tuan Ibrahim, beliau sedia memikul amanah terhadap mandat dan kepercayaan yang diletakkan oleh para perwakilan kepada beliau.

“Apabila saya lihat jumlah undi yang saya terima saya tidak boleh tidur kerana betapa besarnya harapan yang diletakkan di atas bahu saya,” kata Tuan Ibrahim lagi.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.