Categories
SELANGOR

Zakat@Street pupuk kesedaran

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 7 JUN: Menjelang ketibaan bulan Ramadan, Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengambil inisiatif mendekati masyarakat melalui program Zakat Street Di Ambang Ramadan 1436H.

Berlangsung meriah di Uptown Shah Alam Seksyen 24 program itu merupakan anjuran kali pertama untuk 2015 sejak dimulakan tiga tahun lalu.

LZSZakat Street itu turut menampilkan selebriti seperti Daqmie, Man Raja Lawak dan Ustaz Zul Pandan.

Pengurus Besar Pejabat Kutipan LZS, Roszy Non, berkata pendekatan dakwah seperti itu diambil kerana lebih dekat dengan orang awam dalam menyampaikan kesedaran berzakat.

“Kita pilih lokasi dikunjungi ramai orang terutamanya ganerasi Y dan pemilihan selebriti juga bertepatan golongan sasaran kita.

“Tambahan pula di sini ada peniaga dan kita juga membantu ketika mereka dilanda musibah kebakaran tempoh hari.

“Bila mereka berkelayakan, berilah zakat. Kita tidak tahu bila musibah akan melanda, kita juga boleh menerima,” katanya kepada Selangor Kini.

LZS juga mengambil kesempatan program ini dengan menyampaikan sumbangan kepada Pusat Tahfiz Khairul Qalam, Jalan Kebung apabila terbakar pada 13 Mei lalu.

Sumbangan zakat sebanyak RM60,000 diserahkan Pengurus Besar Agihan LZS, Basith Hameed kepada wakil pusat tahfiz dengan pecahan RM50,000 untuk kos baik pulih dan RM10,000 bagi membeli peralatan baru.

Prihatin dengan nasib pusat tahfiz yang menempatkan hampir 30 orang pelajar, Syarikat Jalur Cahaya turut tampil menyerahkan sumbangan zakat berjumlah RM7,000.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.