Categories
NASIONAL

PAS hulur bantuan mangsa gempa bumi Sabah

SHAH ALAM 7 JUN: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini melawat situasi gempa bumi yang melanda Sabah, Jumaat lepas.

Beliau berlepas ke Kota Kinabalu malam tadi setelah MuktamarTahunan PAS ke-61 yang berlangsung di Stadium Tertutup Kuala Selangor berakhir petang semalam lapor Harakah Daily.

bantu PASMengiring belau ialah Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dan timbalannya, Muhammad Khalil Abdul Hadi, Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dan setiausaha politik Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Dalam lawatan itu, beliau turut memberi sumbangan kepada Masjid Pekan Ranau yang terkesan dengan gempa bumi.

Nik Abduh dalam satu kenyataan melahirkan rasa simpati terhadap penduduk Ranau dan beberapa tempat di bahagian Sabah yang mengalami gempa bumi pada 6.1 skala Ritcher itu.

Katanya, kejadian itu sudah pasti menggemparkan masyarakat seluruh negara kerana ia adalah gegaran paling kuat melanda negara sejak 1976.

“Dewan Pemuda PAS juga dikerahkan menyalurkan segala bantuan diperlukan mangsa gempa bumi dengan harapan dapat mengurangkan bebanan ditanggung mangsa,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.