Categories
SELANGOR

LZS bantu Noridawati sejak 2008

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 25 JUL: Kisah ibu tunggal kurang upaya (OKU) yang menjadi viral di laman sosial sudah mendapat perhatian Lembaga Zakat Selangor (LZS) sejak 2008.

LZS menerusi kenyataan di Facebook berkata, Noridawati Husin, 31 masih menerima beberapa jenis bantuan daripada mereka sehingga kini.

Norida LZS“Antara bantuan zakat yang disalurkan adalah makanan dan kewangan bulanan, bantuan sewa rumah, modal perniagaan, perubatan untuk kaki palsu dan kos rawatan,” katanya.

Noridawati kehilangan kaki kanan akibat kemalangan ketika berusia 12 tahun dan menanggung tiga anaknya yang masih bersekolah.

Beliau menyara keluarga dengan menjalankan perniagaan teh herba dan kopi dari rumah ke rumah serta menawarkan kerja sambilan seperti membersihkan rumah dan sebagainya.

Lebih menyedihkan, anak bongsunya disahkan menghidap penyakit jantung sejak kecil dan memerlukan RM60,000 untuk pembedahan.

Bagi meringkan beban Noridawati, LZS turut menawarkan bantuan zakat bagi menampung kos menggantikan injap palsu bagi anaknya.

Orang ramai yang ingin menderma boleh melalui akaun CIMB 14260013716525 atau Maybank 112308004966 atau hubunginya di talian 017-6774046.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.