Categories
NASIONAL

MAS: Terlalu awal buat spekulasi ‘flaperon’ pesawat di Lautan Hindi

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 30 JULAI: Malaysia Airlines (MAS) kini bekerjasama dengan pihak berkuasa terlibat bagi mengesahkan laporan penemuan ‘flaperon’ pesawat di Reunion Island, Lautan Hindi.

MAS memaklumkan masih terlalu awal untuk syarikat penerbangan itu membuat spekulasi berkenaan laporan terbabit.

Manakala, Pusat Penyelarasan Agensi Bersama Australia (JACC) sedang menyiasat serpihan bangkai sebuah pesawat yang ditemui di La Reunion Island di Lautan Hindi, awal hari ini (waktu Malaysia).

MH17 aAgensi itu berkat,a Malaysia bertanggungjawab ke atas siasatan dan sedang menguruskannya dengan bantuan Boeing, BEA (Bureau d’Enquêtes et d’Analisis pour la Sécurité de l’Aviation civile), Biro Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan Amerika Syarikat dan Biro Keselamatan Pengangkutan Australia.

Kenyataan itu menyebut, jika bangkai dikenal pasti sebagai daripada MH 370 di La Reunion Island, ia menjadi konsisten dengan analisis lain dan menjadi model tempat pesawat itu bersemadi adalah di selatan Lautan Hindi.

Katanya, sebarang bukti baharu yang ditemui akan digunakan untuk terus memaklumkan dan memperbaiki usaha pencarian yang sedang berjalan.

Beberapa imej serpihan bangkai dipercayai daripada sirip Boeing 777 tersebar dalam pelbagai media sosial, memberi harapan baharu mengesan pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 yang hilang itu.

mhSerpihan bangkai itu dilaporkan ditemui di La Reunion Island, di bawah pentadbiran Perancis berhampiran Madagascar.

Selain daripada serpihan yang mungkin cebisan MH370 yang dilaporkan hilang di Lautan Hindi, laman web itu melaporkan penyiasat meletakkan kebarangkalian ia mungkin datang daripada kemalangan sebuah enjin kembar yang terhempas, pada 4 Mei 2006 dekat dengan pantai di selatan pulau itu atau sebahagian serpihan A310 Yemenia yang terhempas di luar Comoros, pada Jun 2009.

Penerbangan MH370 hilang daripada imbasan radar pada 8 Mac 2014 ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal.

Pada 29 Januari lalu, Malaysia secara rasmi mengisytiharkan insiden itu sebagai satu kemalangan berdasarkan peraturan penerbangan antarabangsa dan semua 239 yang menaiki pesawat itu dianggap terkorban.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.