Categories
SELANGOR

Putrajaya patut serius tangani lambakan pekerja asing

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 26 JUL: Kerajaan Persekutuan patut serius menangani kebanjiran pekerja warga asing apabila ia menimbulkan ancaman keselamatan dan peluang pekerjaan warga tempatan.

Exco Kemiskinan, Kerajaan Prihatin dan Pekerja Ladang, Ganabatirau Veraman berkata, sebagai kerajaan bertanggungjawab, Selangor mahu menyekat kebanjiran warga asing, namun ia terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan.

Foreign workers stand in line to take a bus that will transport them to where they live at the end of their shift at a construction site in Dubai on April 16, 2008. Emarati officials warned during a two-day conference on National Identity held in Abu Dhabi of the dangers of social instability created by large foreign minorities. AFP PHOTO/KARIM SAHIB (Photo credit should read KARIM SAHIB/AFP/Getty Images)

“Kerajaan Negeri memang memberi segala kerjasama yang diperlukan mana-mana pihak untuk mengurangkan kebanjiran warga asing, namun kuasa kita terhad,” katanya kepada Selangor Kini.

Beliau berkata lambakan pekerja ini turut memberikan persaingan tidak sihat di kalangan warga tempatan.

Katanya ia ditambah dengan keadaan ekonomi yang kian meruncing kesan daripada ketirisan pimpinan Barisan Nasional (BN).

“Kesan daripada Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), kenaikan petrol dan skandal 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) yang tiada penyelesaian, menyebabkan ekonomi negara berada dalam keadaan bahaya.

“Maka kemasukan pekerja asing untuk kepentingan siapa? Rakyat, negara atau hanya kepada golongan kapitalis yang inginkan keuntungan maksima dalam apa jua keadaan?

“Walaupun kesan buruk kepada rakyat dan negara, namun pihak mendahagakan keuntungan mahu pekerja asing ini terus dibawa,” katanya.

Ganabatirau berkata kebanjiran warga asing turut terbukti membawa banyak masalah sosial kepada negara.

Selain itu, katanya sektor perniagaan kini mula dimonopoli warga asing seperti “Pasar Myanmar” di Pasar Besar Selayang dan “Pasar Dhaka” di Pasar Sri Muda.

Katanya bidang lain turut dikuasai warga asing seperti pertanian, pembinaan, penternakan, pembuatan dan sebagainya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.