Categories
SELANGOR

Sepuluh minit mampu atasi pembiakan denggi

Oleh: NORHAYATI UMOR

SUBANG JAYA, 30 JUL: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menggesa masyarakat setempat memberi kerjasama dalam usaha memerangi wabak denggi secara berterusan.

Yang DiPertuanya, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan, berkata ia amat diperlukan bagi memastikan kes denggi dapat dikurangkan.

Beliau turut menyarankan penduduk memastikan kawasan kediaman dan premis perniagaan masing-masing bebas dari tempat pembiakan aedes.

INTERVIEW Khas YDP MPSJ (3)“Kempen 10 Minit boleh dilaksanakan bagi mencari dan memusahkan tempat pembiakan.

“Kita mengharap penduduk melakukan gotong-royong berterusan tanpa mengharapkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT),” katanya.

Dilaporkan sehingga Epid 29 (sehingga 25 Julai lalu), 6,971 kes denggi dilaporkan di kawasan MPSJ.

Kes denggi di kawasan berkenaan dilaporkan mengalami penurunan dalam tempoh dua minggu. Namun, difahamkan ia dijangka mengalami peningkatan dalam tempoh tujuh hingga lapan minggu lagi mengikut trend tahun lalu.

Sebelum ini, MPSJ menggunakan ‘nyamuk Toxo’ bagi mengawal pembiakan nyamuk Aedes.

Kaedah itu sedang dilaksanakan di Pangsapuri Sri Tanjung, USJ 6, dan Kampung Seri Aman, Puchong yang dilihat memberi kesan signifikan dalam menurunkan kes denggi di kawasan terbabit.

Bagaimanapun, pelaksanaan kaedah berkenaan masih dalam peringkat kajian dan pihaknya sedang memantau keberkesanan teknologi itu dari semasa ke semasa.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.