Categories
SELANGOR

Tegas tangani judi haram, tak lulus permohonan premis

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 27 JUL: Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) tidak boleh memandang remeh dengan membiarkan aktiviti judi haram berleluasa.

Exco Kemiskinan, Kerajaan Prihatin dan Pekerja Ladang, V Ganabatirau, berkata PBT dan PDRM perlu lebih cekap serta sistematik dalam mengambil tindakan supaya aktiviti itu tidak berulang.

“Premis perjudian yang pernah diserbu kembali beroperasi akibat tiada tindakan susulan. Ada antaranya hanya tutup beberapa jam sahaja.

pusat-judi-internet“Pihak polis perlu mengenakan hukuman sewajarnya kepada mereka bukan hanya setakat bayar denda dan kemudian dilepaskan begitu sahaja tanpa penguatkuasaan yang tegas,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini.

Ganabatirau berkata, ia menunjukkan kegagalan PDRM kerana masih banyak premis perjudian haram dan rumah urut masih aktif di beberapa kawasan.

“Saya menyarankan semua pihak turun padang dan proaktif secara bersepadu untuk menghapuskan kegiatan terbabit sehingga ke akar umbi.

“Kerajaan Negeri tidak akan meluluskan mana-mana pusat yang melibatkan perjudian haram,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.