Categories
NASIONAL

1MDB: MB ‘salute’ pegawai polis enggan ‘dibekukan’ di JPM

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 20 OGOS: Penjawat awam harus berani untuk bangkit dengan menegur sebarang penyelewengan yang dilakukan oleh mana-mana kuasa eksekutif negara ini.

Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali, berkata keberanian penjawat awam diperlukan bagi memastikan sistem pentadbiran kerajaan berjalan lancar tanpa menyorokkan sebarang penyelewengan.

azmin sidang“Saya bersyukur kerana belum pernah berlaku dalam sejarah ada pegawai kerajaan yang berani bangkit dan menegur kepincangan Kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN).

“Kita lihat semalam Timbalan Pengarah Cawangan Khas kena tukar ke Jabatan Perdana Menteri (JPM). Pejabat JPM sekarang menjadi stor pegawai yang berani untuk dibekukan.

“Saya ‘salute’ pegawai kanan polis kerana apa dia kata? Dia kata kalau nak tukarkan saya lebih baik letak jawatan dalam polis.

“Kita kena hormat pegawai kerajaan,” katanya ketika menggulung perbahasan usul supaya kuasa, martabat dan kebebasan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan kamar Peguam Negara dilindungi.

Usul itu dibentangkan oleh Adun Sekinchan, Ng Sue Lim (DAP) pada hari ke-4, Mesyuarat Kedua, Penggal Ketiga, Dewan Negeri Selangor (DNS) Ke-13, di sini, hari ini.

Katanya, Kerajaan Negeri turut mengiktiraf peranan penting yang dijalankan penjawat awam dalam mengejar pembangunan Selangor.

Ini bertentangan dengan amalan di era pentadbiran BN yang menghina penjawat awam dengan menghadiahkan penyapu.

Bagi menghargai usaha gigih penjawat awam , Kerajaan Negeri turut memberikan insentif seperti bonus sebulan gaji kepada mereka.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.