Categories
KENYATAAN MEDIA

Air Selangor menjelaskan perjanjian air RM 9.65 bilion

Kerajaan Negeri Selangor telah menawarkan RM9.65 bilion kepada empat syarikat pemegang konsesi air sejak 2013.

Daripada jumlah RM9.65 bilion, Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM 2 bilion kepada Kerajaan Negeri Selangor untuk mengambil alih ekuiti empat syarikat pemegang konsesi air.

Sebagai balasan, Kerajaan Negeri Selangor akan memindahkan aset air bernilai RM 2 bilion kepada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB). Aset-aset ini kemudiannya akan dipajakkan semula kepada Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) pada kadar pajakan yang dipersetujui.

“Baki RM7.65 bilion sebenarnya adalah pinjaman dan bon berkaitan air yang ditanggung oleh Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB), Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd.

(SYABAS), Syarikat Pengeluar Air Selangor (SPLASH) dan Konsortium ABASS Sdn Bhd (ABASS), yang akan diambil alih oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui Air Selangor” kata Suhaimi Kamaralzaman, Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor.

water

Pinjaman dan bon berkaitan air syarikat-syarikat pemegang konsesi air adalah untuk pembinaan, membaik pulih dan penggantian loji rawatan air dan sistem bekalan air, yang akan dipindahkan kepada PAAB juga dan kemudiannya dipajakkan semula kepada Air Selangor pada kadar pajakan yang dipersetujui.
Program Air Percuma Diteruskan

“Premis domestik di Selangor akan terus menikmati program air percuma walaupun selepas penstrukturan industri perkhidmatan air selesai, seperti yang dinyatakan oleh Menteri Besar Selangor. Sehingga kini, tiada rancangan untuk menghentikan program ini” jelas Suhaimi.

“Walau bagaimanapun, kajian mendalam akan dilaksanakan dan keputusan akan dibentangkan kepada Kerajaan Negeri dan pihak yang berkepentingan. Kajian ini akan menganalisis kegunaan air dan mengenal pasti penerima bekalan air percuma.

Suhaimi KamaralzamanIni adalah untuk memastikan sama ada program air percuma benar-benar memanfaatkan golongan sasar, terutamanya warga berpendapatan rendah, individu dan keluarga kurang bernasib baik serta pengguna uzur yang memerlukan bantuan perubatan dan rawatan jangka panjang”

Dewasa ini, premis domestik di Selangor, kecuali premis yang mempunyai meter air yang bersambung ke meter air pukal dan meter sampingan, menikmati air percuma 20 meter padu bekalan air sejak 2008.

Kebanyakan premis di Selangor tidak perlu membayar bil air bagi kegunaan air kurang daripada 20 meter padu, walaupun jumlah yang dikenakan berkemampuan untuk dibayar.

“Hasil daripada keputusan kajian tersebut, saya percaya pengguna akan menyokong segala penambahbaikan untuk menangani kelemahan dengan program bantuan subsidi yang lebih berfokus” kata Suhaimi.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.