Categories
SELANGOR

Bas komuniti MBPJ berwajah baru hijau

Oleh: LIZAWATI MADFA

PETALING JAYA, 27 OGOS: Bas komuniti Petaling Jaya Selatan (PJS) yang terkenal dengan warna ‘wrap’ biru sebelum ini kini berwajah baru dengan warna hijau.

Ahli Majlis Zon 24 Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Halimey Abu Bakar berkata, warna seakan-akan PJ City Bus itu dilakukan bagi memberi gambaran bahawa ia juga adalah percuma.

Katanya, ‘wrapping’ hijau mula diperkenalkan pada 11 Mei lepas dengan waktu perjalanan seawal 7 pagi sehingga 5 petang, setiap Isnin hingga Jumaat.

BAS PERCUMA MBPJ (5)“Jadi diharap orang jangan terkeliru atau tertanya-tanya lagi mengenai bas berwarna hijau ini kerana ini adalah bas komuniti PJS yang sama.

“Cuma warnanya sahaja ditukar, tetapi perkhidmatan tetap sama, laluan juga bertambah selain masih lagi diberikan secara percuma,” katanya dalam sidang media di Hentian Hab Bas PJS3/2 di sini petang ini.

Hadir sama ialah Ahli Majlis Zon 17, Raja Fairuz Raja Mazlan dan Ahli Majlis Zon 18, Ariffin Mahaiyuddin.

Laluan baru bas komuniti PJS mula berkuatkuasa pada 15 Oktober 2014 meliputi kawasan PJS1, PJS2, PJS3, PJS4, PJS5, PJS6, Stesen Komuter Seri Setia dan Stesen Komuter Taman Dato’ Harun.

Dengan kapasiti 30 penumpang pada satu-satu masa, bas komuniti PJS melalui 21 perhentian dan 10 destinasi dengan kekerapan setiap satu jam.

Perkhidmatan bas komuniti ini disediakan sebagai bas perantara bagi mereka yang inign mendapatkan perkhidmatan bas percuma PJ City Bus untuk ke pusat bandar dengan menukar bas di Hab Bas PJS3/2.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.