Categories
NASIONAL

BERSIH 4.0: Spongebob, Minions turun himpunan

Oleh: NAEEM RAFFI

KUALA LUMPUR, 29 OGOS: Perjalanan perhimpunan BERSIH 4.0 berjalan aman tanpa sebarang kekacauan atau provokasi mana-mana pihak berbanding sebelum ini, bahkan tidak ramai anggota polis ditempatkan di lokasi perhimpunan.

IMG-20150829-WA0058Lebih kurang jam 4.30 petang peserta demontrasi mulai beransur-ansur meninggalkan Dataran Merdeka, namun masih terdapat ramai yang masih berkumpul.

Pelbagai ragam ditampilkan peserta dengan membawa belon dengan watak kartun berwarna kuning antaranya Spongebob dan Minions.

Ada juga yang membawa kain rentang berbentuk cek yang tertulis amaun RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Sementara itu, aktivis anak muda, Adam Adli, berkata terdapat pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang dua hari ini antaranya kuliah jalanan daripada pelbagai latar belakang.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.