Categories
SELANGOR

Hebahan palsu YAWAS disebar individu tak bertanggungjawab

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 15 OGOS: Berita serta hebahan kononnya Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) menawarkan RM1000 adalah bersifat palsu dan tidak benar.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita Dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi, berkata pihaknya terkejut dengan penyebaran berkenaan dan segera mendapatkan reaksi YAWAS.

pc dr daroyah 1“Saya dimaklumkan YAWAS bahawa hebahan yang diviralkan media baru sejak semalam adalah tidak benar.

“Pihak Penyelaras DUN Kota Damansara juga memaklumkan bahawa penyebaran berita palsu ini adalah berpunca daripada individu yang tidak bertanggungjawab,” katanya dalam satu kenyataan.

Ia dikatakan bermula apabila Pusat Khidmat DUN Kota Damansara bakal menganjurkan Hari Mesra Pelanggan TAWAS, hujung minggu ini.

Program itu adalah bagi tujuan penyerahan penyata anak Selangor yang tinggal di DUN Kota Damansara dan berdaftar dengan TAWAS.

“Diharap dengan penjelasan ini dapat menghuraikan kekeliruan yang berlaku dan diharap berita palsu berkenaan tidak lagi dipanjangkan,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.