Categories
SELANGOR

Hentikan prasangka buruk PBT gagal tangani denggi

Oleh: LIZAWATI MADFA

KUALA LANGAT, 17 OGOS: Semua pihak digesa untuk menghentikan prasangka buruk terhadap pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor dalam membanteras denggi.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita Dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata setiap PBT menerusi Jabatan Kesihatan bertungkus lumus melaksanakan beban tugasan tanpa sebarang rungutan.

Katanya, setiap petugas melaksanakan tugasan dengan penuh komitmen termasuk bekerja di hujung minggu bagi memastikan kes denggi terkawal.

DENGGI GRAFIK“Dengan komitmen PBT, kita lihat kes denggi di Selangor ini ‘maintain’, maksudnya tidak begitu mendadak naiknya tanpa terkawal.

“Jika tiada usaha mereka ini, mungkin kes denggi akan lebih tinggi lagi.

“Sebab itu perlu kerjasama semua pihak, bukan sekadar tuding jari,” katanya.

Beliau berucap demikian dalam majlis perasmian Karnival Sihat Selangor Daerah Kuala Langat di Dataran Morib yang turut dihadiri Yang Dipertua MDKL, Mohd Azhar Mohamed Ali, semalam.

Pada masa sama, Daroyah berkata program bagi mengurangkan kes denggi di Selangor bakal dilancarkan Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali dalam masa terdekat.

“Ini merupakan hasil bengkel denggi antara pihak berkepentingan baru-baru ini dengan kita dapat rumusan untuk dilaksanakan di Selangor,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.