Categories
NASIONAL

Jelajah Amanat Presiden berjaya kukuh kerjasama

Oleh: AFEEQA AFEERA

BENTONG, 16 OGOS : Jelajah Amanat Presiden ke seluruh negara anjuran PKR yang bermula 22 Julai lalu berakhir di Bentong, Pahang dengan sambutan menggalakkan daripada anggota parti.

Program yang menjelaskan senario politik negara itu dihadiri kira-kira 200 orang untuk mendengar amanat Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan pimpinan PKR di Dewan Perhimpunan Cina, dekat sini.

Jelajah amanat PresidenKetua Urusetia, K.Gunasekaran, berkata secara umum pihaknya berpuas hati terhadap sambutan diberikan anggota parti di peringkat akar umbi.

Katanya ia secara tidak langsung dapat merapatkan hubungan antara pimpinan pusat dan negeri.

“Anggota parti juga diberi taklimat tentang isu semasa di negara ini dan apa yang perlu dilakukan untuk masa depan parti.

“Ia dilakukan tepat pada masanya untuk semua anggota mendengar amanat presiden,” katanya kepada Selangor Kini.

Beliau berkata program selanjutnya dibincangkan tidak lama lagi untuk terus menggerakkan jentera parti.

Selain program jelajah, turut diadakan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama penduduk setempat.

Antara pimpinan yang hadir, Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Md Akin, Tian Chua, Dr Xavier Jayakumar; Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh dan Exco Selangor, Elizabeth Wong.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.